MPlayer

>
glitter-graphics.com

Sunday, 19 July 2015

Terima kasih Tuhan.



Di ladang takdir ini,
Aku meniti setiap dengus hembusan kehidupan,
Sinar pagi semakin luntur,
Pancar hidayah makin hambar,
Jiwaku terus kosong mengandar guni2 dosa.

Kemelut bersangkar dalam akal,
Terbungkam keliru di ruangan duniawi.

Benak fikiran makin ditekan,
Laluan suram terus dilalui, 
Penuh intimidasi yg misteri,
Esak memburai dalam keretakan hati,

Terus menurus makin menusuk,
Wahai Tuhan, hati ini makin memudar asa.

Rentet merentet mencari nilai kehidupan.
Sendu tangisan makin mencurah.
Diri semakin hilang dan pergi.

Diri ini terus ingkar pada Tuhan dan rasul.
Derhaka pd ummi abah,
Corong dunia makin sempit.
Membungkam buih - buih mimpi.

Wajah terus menyulam benang munafiq hina,
Hipokrasi dipentas manusia yang fantasi.

Tuhanku, masihkah punya harapan buat diri ini?

Aku makin hilang. Aku telah mati. Jiwa kosong tidak berisi.

"jangan pernah berputus asa dgn rahmatku"

Air mata makin diperah,
Masih punya kah laluan utk pulang?
Ya Allah.

Tuhan itu maha tahu.
Dia Maha mendengar,

Aku sedari yang Tuhan sayang pada aku,
Belukar yang aku lalui,
Tuhan yang tebaskan.

Aku rindu untuk kembali pada-Nya.
Ingin ku luahkan segalanya.
Andai, Tuhan memanggil aku kembali di saat ini,
Sungguh, aku tak punya apa- apa.

Tika di dunia ini, begitu jauh diri ini dengan Tuhan,
Apakah di saat hari akhir nanti Tuhan akan mendekati aku?

Penyesalan dalam nadi menghantui diri di saat itu,

Tuhan , izinkan aku kembali ke dunia.
Ingin aku menjadi hamba yang taat.
Aku tahu, di sana aku telah terlewat.

Masa ini, sisa kehidupan perlu dipenuhi,
Mungkin sebentar lagi aku akan mati,

Allah.

moga jiwa kembali menerangi jasad.
Syukurku atas segalanya.
Racun kini menjadi pengubat diri.

"Ummi, yan mintak maaf, yan banyak sakitkan hati ummi"

"Ummi dh maafkan yan dah. Ummi seronok melihat yan berubah kini, ummi sayang kat yan"

Wahai Tuhan, 
Benar ku syukuri kurniaan ini,
Izinkan aku untuk mengembang sayap menuju-Mu,
Dengan jiwa yang penuh cinta.

Terima kasih Tuhan,
Kini aku kembali.

Wednesday, 8 July 2015

aku sayang negara ini.

M A L A Y S I A.

aku tak tahu nak kata apa. cuma aku nak luahkan yang aku sayang Negara ini.
Tanah tumpah darahku. tempat aku mula merangkak.
di sini aku telah mengalami sistem pendidikannya. zaman kecilku, aku tak pernah sedar pon bagaimana itu sistem pendidikan di Malaysia.
yang aku tau aku dah habis sekolah menengah.

Ooi Kok Hin, seorang pelajar sains politik mengambarkan sistem pendidikan di Malaysia dgn satu perkataan iaitu messy. memang, sistem pendidikan Negara kita banyak masalah.
namun, sistem ini lah yang aku alami.

politik Malaysia pula telah menjadi perkataan buruk dalam masyarakat kita.  keadaan sosial? pon banyak masalah. sudah merdeka, namun masih dijajah.

apa pon yang berlaku, walau kalut dan kabutnya Negara ini, aku tetap sayang juga.
hari ini kita nampak sendiri dengan mata kepala kita, betapa banyak penyelewengan yang berlaku. kau sendiri lihat. kau sendiri nilai.

dalam benak fikiran ku yang dalam, mengimbau kembali perkongsian dr MAZA berkenaan seorang tokoh ilmuan besar. khalifah umar al- khattab.
tika itu pada tahun 17 dan 18 hijrah, telah berlaku kemarau teruk di Madinah.
rakyat menjadi susah. sengsara. ibn jarir al- tabari meriwayatkan bahawa Umar al- khattab tidak makan lemak haiwan, susu dan daging pada tahun berkenaan sehingga orang ramai dapat memakannya.

barangan makanan berkurangan di pasar.
dikisahkan suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu namun dengan harga yang tinggi. umar enggan makan bahkan berkata "kau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal, sedekahkan keduanya, aku bencikan pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka""(al-tabari, 2/358, Beirut:Dar Al-fikr)

aku begitu kagum dengannya.
sang ilmuan itu tidak berkata yang kenaikan harga barang merupakan takdir Allah, hangpa kena bersyukur dan berterima kasih kepada penguasa.
beliau juga tidak membuat fatwa dungu yang subsidi tiada dalam islam.

beliau juga tidak menyuruh rakyatnya untuk lari daripada masalah dengan cadangan -cadangan yang kelakar.

beliau juga tidak bertindak menyalah- nyalahkan. seperti wujudnya insan di Malaysia yang mula berkata, "ini agenda yahudi".

sebaliknya umar dengan penuh tanggungjawab dan amanah di hadapan Allah menghadapi keadaan tersebut.

wahai penguasa,
kami melantikmu sebagai wakil kami!
bukannya wakil untuk menerkam hak- hak kami.
kami rakyat yang kumpulkan harta- harta ini,
tapi pengurusan kalian begitu kotor sekali,

entah kecelakaan apakah ini?
yang miskin makin miskin,
yang kaya makin kaya.

hangpa kene ingat,
kami pilih kerana kami percaya kat hangpa.

bebaskan lah manusia daripada tirani penindasan ini,
kegelapan zulmat ini perlu dihalau pergi!

kita ini, perlu betulkan asas kefahaman pada agama. bukti kesan ajaran agama ini bukan pada fesyen pakaian! bukan juga pada hiasan doa upacara yang pembacanya dibayar. bukan juga lagu agama yang didendangkan atas pentas yang dihadiri oleh mereka yang berpangkat dan berjawatan.

agama juga bukan sekadar kau menebar dalil suci ketika manifesto berlangsung.

bukan juga untuk mempergunakan dalil atas kepentingan diri.

namun kesan ajaran agama ini terhasilnya akidah yang bersih, ibadah yang benar dan nilai akhlak yang luhur.

 dunia politik semakin kacau.

dunia politik perlukan manusia- manusia yang amanah dalam memerintah.
bukan cuma berjubah, atau berdamping dengan golongan berjubah namun tidak amanah pada harta rakyat dan Negara.

memang, aku cuma seorang budak mentah.
dan aku juga tahu saat ini umur aku masih dalam kebingungan mengenal identiti.
entah apa yang aku tau tentang Negara.

tapi aku sedar apa yang berlaku.
aku taknak berlaku ketidakadilan dalam menilai; confirmation bias,
tapi aku juga tidak buta dan pekak, kerana aku melihat dan mendengar daripada kalian sendiri yang menunjuk sikap kebudak budakan.

politik dan mahasiswa tak mampu dipisahkan.
kata Aristotle, ahli falsfah yunani, "political science is the master of all sciences".

aku cuma mahu kata, aku sayang Malaysia.
dan aku tak mahu Negara ini dicelakakan oleh golongan tirani penindas ini.


























Wednesday, 17 June 2015

confirmation bias?

pagi tu, sebuah perlawanan debat bahasa melayu berlangsung. penonton yang tengok memang ramai lah. well, perlawanan final. standard lah ramai tonton.

perlawanan debat pagi itu memang sangat sengit. hampa kalo tengok memang susah nak buat keputusan. pasai dua dua kuat.
usim vs uitm. dalam ramai- ramai penonton tu, wujud dua orang sahabat ni.

nama dia imran. sorang lagi nama dia zaki. memang kawan baik sungguh, tapi sorang penyokong usim, sorang lagi penyokong uitm. dalam kesengitan dan kekuatan fakta bertemu fakta, hujah bertemu hujah, keputusan menang kalah mula menjadi sebuah tanda soal. kuat jumpa kuat.

tapi, imran memang keras jugak kata usim menang. zaki pulak? zaki memang penyokong uitm, so memang berdegillah kata uitm yang menang. 

persoalannya sape menang? (heh, ni bukan termasuk dalam isu sebenarnya)

so, kau faham ke ape yang aku cerita kat atas? untuk pengetahuan brother sister sekalian, cerita di atas sekadar contoh sahaja dalam memahamkan satu istilah ni.

'confirmation bias'

penah dengar tak istilah ni? mungkin jarang dengar atau tak pernah dengar tapi kita memang biasa dalam menghadapi situasi tersebut.

confirmation bias, sebuah istilah dalam psikologi, ringkasnya,  ia memberi makna satu kecenderungan dalam mencari bukti-bukti, atau fakta- fakta yang dapat menyokong apa yang kita percaya. faham dak?

biasanya mereka akan cenderung mencari sumber- sumber informasi yang menegaskan, menguatkan dan mengiakan apa yang dia suka. mereka juga cenderung dalam menafsirkan sesuatu yang masih dalam keraguan untuk mendukung kecenderungannya.

sebenarnya keadaan ini menyebabkan kau tak dapat melihat sesuatu perkara itu secara menyeluruh.
kau cuma akan mencari sesuatu yang banyak menyokong kau sahaja.

hampa ni, kalau dah tak suka sesuatu, memang yang buruk saja hampa korek. bila dengar ja benda yang hampa tak suka, memang tak bagi can langsung. benci sungguh sampai tiada ruang lagi untuk hampa lihat perkara yang sebenar.

tapi kalau sayang, huish, memang segala - gala yang baik saja hampa tengok. sampai yang salah pon tak nampak.

dalam menilai sesuatu, kita tidak sepatutnya bersikap confirmation bias. sikap ini cuma akan memenangkan satu side sahaja. nak cari kebenaran, kita perlu bersikap adil. 

amik tahu tentang pro dan kontra sesuatu, dan kita ada akal yang dipandukan wahyu untuk menilai. jangan sampai kita hilang kewarasan dalam membuat justifikasi.
dan jangan juga keras berdegil sehingga membutakan mata, memekakkan telinga serta membisu diri dalam mengkaji. perlu open minded bro.

jangan terlampau bersifat partisan. kau perlu kaji yang pro cakap ape, yang kontra cakap ape.

sidang pembaca yang mulia,

hampa nak tau tak? kematangan tu terbahagi kepada 4.
-fizikal
-spirit
-emosional
-mental

dari segi biologi, bila dah baligh anda dah kira matang, namun itu cuma untuk fizikal.
so, nak capai kematangan lagi 3 aspek tu guane pulak?

3 aspek ini anda perlu usaha untuk capai, bukan seperti fizikal yang automatik matang.

3 aspek ini menentukan siapa anda.
adakah anda matang atau bersikap kebudak- budakan dalam menilai?
sememangnya anda perlu mula membudayakan soalan.
membudayakan budaya bertanya dan suburkan curiosity (ragu2 - untuk dapatkan dalil dan bukti yang hak)

bak kata John Taylor, penulis buku Weapon of mass master mengatakan,
"jika kamu berumur 7 tahun, namun jika kamu tiada guna kepada masyarakat, kamu memang tak guna"

kematangan dari segi intelektual sangat penting dalam pembinaan ummah yang sejahtera.
kau boleh tengok sekarang,
kita ini, sentiasa dalam kesibukan berdebat untuk memenangkan kita, bergaduh perkara - perkara khilaf, bergaduh mempertahankan ideologi - ideologi tertentu, padahal sang musuh sedang menyerang kita.

hai ummah, 

sikap kolot kita ini akhirnya menjatuhkan diri kita sahaja.
umat Islam memang ramai, namun seperti buih di lautan.

blup, blup, blup......

apakah ini?

Apakah agama adalah sebuah pelarian daripada permasalahan, atau apa?
Apakah agama mendorong kita menjadi makhluk yang hilang nalar fikir?

bersatulah hai ummah!
confirmation bias?
Tuhan sudah mengurniakan kamu akal untuk menilai.
bersikaplah adil hai sahabat!


-terima kasih buat syakir azhari selaku sepupu yang disayangi kerana menyumbangkan ilmu yang baru tentang confirmation bias buat diri yang dhoif ini. moga terus maju bro!





Saturday, 13 June 2015

mana kau pergi?


mana kau pergi?

tika nafsu berkecamuk di atas takhta,
pergunungan itu memecahkan larva yang penuh kaca,
habis hancur diriku,
luka tak berdaya,
namun kau entah ke mana,
aku tahu kau tetap ada,
tapi kau ke mana?

mana kau pergi sayang?

saat nafsu menguasai diri,
tak mampu melawan dek kelemahan kau,
sebuah daging yang bersinggahsana dalam tubuh,

hai hati,
adakah kerana kau terlalu legam?
hingga kau hanya diam saat maksiat beraja,
bangunlah,
tolonglah aku,
jangan kau berlari pergi,
aku yakin kita mampu hadapi ini.

mana kau pergi?

setelah kita berjanji untuk tempuh dunia ini bersama,
tapi kau lari ke mana,
saat aku terpaksa mengengsot lari dari kegelapan,
demi mencari dirimu yang menghilang,
aku tak sanggup jumpa dunia lagi,
aku takut,
dunia ini penuh dusta,
carca marba!

ah! celaunya diri!
setiap waktu aku cuma tergelincir ke takuk yang sama,
ke kota jahiliah yang berbau azab jelik,
di setiap sudut aku tetap mencari,
ke manakah kau pergi?
setelah kau busuk dan bawa aku ke lembah ini,
kemudian kau ke mana?
penjuru mana kau sorokkan diri?

hai hati,
aku rindu diri mu,
aku benar rindu hati yang suci nan bersih,
yang sentiasa tunduk pada yang Maha Esa,
bantulah aku untuk terus bangun,
mencari nilai cinta iman yang hilang di kota semalam,
demi kesucian hati,
agar pertemuan dengan Tuhan indah sekali.

mana kau pergi?

aku tak tahu,
sayang,
moga kau damai disisi,
sang peneman hingga ke syurga,

aku rindu kau.
bangunlah!

kenapa kau terus pekak?
rintihan hibaku terus menyeru mu,
masihkah kau tak mendengari tangisan yang jatuh?
hingga batu berlekuk dek air yang terus,
kerana lenaku masih terus mencarimu,
izinkan aku terus memelukmu di alam mimpi,
sudikah kau terus bersamaku hingga ke syurga?

demi mencari cinta yang hakiki,
ingin ku cari kekuatan melalui cinta-Nya,
yang mengubah duri kepada mawar,
yang menenangkan jiwa yang kacau,

kau sahabat aku hai hati,
masihkah kita mampu untuk ubah?
demi mencapai mardhatillah yang suci.

bangunlah. bangkitlah hai hati.
moga terus kuat!












Monday, 8 June 2015

Maafkan kami hai miskin


Maafkan kami hai miskin,

sememangnya kami tak pernah memberi ruang buatmu,
hanya mendiskriminasi kalian hingga sempit termampat,
membuatkan kalian terus menangis dibawah sinaran pelita yang kian padam,
air mata kalian jatuh berderai ke pipi,
dibuli golongan kami yang tak pernah peduli akan kalian.

maafkan kami hai miskin,

sememangnya kami tahu yang kalian bekerja keras sekali
namun kami sengaja menindas kalian dengan ekonomi kapitalis,
kerana kami tak senang melihat kalian tenang,
kalian memang semakin miskin,
yang penting kami bertambah kaya,
walau anak gelandangan itu kelihatan kasihan sekali.

maafkan kami hai miskin,

sememangnya kami sudah kekeringan idea,
dalam fikiran kami hanya tahu melakar agenda barang terbesar,
kami suka membina kek terbesar malaysia,
juga sofa terbesar asia,
kami gemar laksana program berjuta- juta,
segalanya boleh atas nama agama,
sedang kami sedari diri kalian lebih penting.

maafkan kami hai miskin, 

kalian terus diserang dengan bedilan gamat
oleh kami yang menyorok dibelakang kasut kilat,
vaksin buruk disusuk pada setiap diri kalian
genjatan senjata ini mungkin takkan pernah berlaku,
kalian tetap miskin,
jeneral terus membedil kalian dengan kebal membawa ajal,
hanya kerana tangan tangan kalian kelaparan berebut sebutir nasi.

maafkan kami hai miskin,

sungguh kami juga tahu yang manusia punya harapan,
namun kami gemar mengazab kalian,
memperalatkan kalian seperti boneka,
agar dunia menjadi neraka kalian,
dalam kota raya yang serba indah,
kalian hidup malang namun kami bermewah,
maafkan kami kerana kalian hanya merasai pahit,
sakit kalian tanpa rawatan,
hanya terdampar kosong tanpa jaminan,
sungguh! memang kami sengaja melakukan itu.

maafkan kami hai miskin,

duit kami memang berkepuk-kepuk banyaknya,
namun sedikit pun tiada bahagian untuk kalian,
nafsu kami rakus mencari kekayaan dan perempuan,
tanpa kami peduli firman Tuhan yang Maha Esa,
nabi bukan lagi suri teladan kami,
kerana kiblat kami hanya ke arah keduniaan,
walau kami sembang besar ingin naikkan agama-Nya,
walau kami marah tika nama Tuhan dihina,
walau kami kami berang tika gambar nabi dilakar,

namun kami tak pernah hayati kalimah Tuhan,
acara agama hanya pada ritual,
kami lebih lihat agama itu pada luaran,
sekadar bersembang ana enta,
berkopiah dan berniqab dengan katanya ingin berhijrah mengenal agama Tuhan,
namun hanya berselfie depan camera utk mengumpul like,

sememangnya itulah kami,
melihat agama itu hanya pada aktiviti luaran,
sedang nabi paling ke hadapan dalam mempertahankan kaum tertindas,
hilf al- fudhul juga kami tak hayati,
kerana memang kami sombong dengan kalian.

maafkan kami hai miskin,
kerana kami hanya mampu ucapkan selamat tinggal kepada kalian!


nukilan: Imran Zaki
10.30 AM
9 June 2015











Sunday, 3 May 2015

MAAFKAN AKU TUHAN, AKU SIBUK.

 ALLAHU AKBAR
   ALLAHU AKBAR


terjaga sebentar, menguap.
haih ngantuk giler.
huh. *tarik balik selimut


titt titt. wassap masuk
9 am.

     "morning sayang ;)"
  "da angun blom? rindulah. hehe. muah"

jap lagi lah balas.
hmm.

mentari pagi menyinari mataku.
perh, silau seh.
nasib baik awek wassap, kalau tak memang petang la baru bangun.
selimut empuk bak taman syurga.

malam semalam letih kot lepak ngan member.
rokok entah bape batang aku hisap.

subuh? tak ingatlah bila kali terakhir aku solat.
aku sangat sibuk wahai Tuhan. x cukup masa.
maafkan aku, wahai Tuhanku.

hidupku sgt sibuk. aku takde masa nak solat.
jangankan solat fardu, solat sunat pon x pernah buat.
rasenye last aku buat time skolah rendah agama dulu. kene paksa kan. so kene lah buat.

wahai Allah,
jangankan mengaji Al-Quran, baca surah pendek pon x sempat
jangankan zikir, muhasabah diri pon tak ade masa.
jangankan puasa sunat, puasa fardu pon kadang tak buat.
untuk merenungi alam, hmm aku memang x sempat.

dalam hidup ini,
aku dapat ape yg aku nak.
aku ade duit banyak.
bisnes aku maju.
awek aku comel.
aurat wanita sentiasa menjadi halwa mataku.

ini jalan aku.
hei manusia, kau kesah ape? tak perlu kesah pon ape yg aku buat.
hidup aku hidup aku.
hidup kau hidup kau. noktah

zuhur asar maghrib isyak.
kini nama2 itu hanya peringkat waktu dlm seharian.

belajar. keje. bisnes. awek. bola. rokok. music. rock and roll yeah. arak. rasuah. 
byk bende lg lah. this my life.

demi kepentingan dunia aku, maka halallah segalanya di atas muka bumi ini.
peduli apa tentang dalil agama.

................................................................................................................................................................

er bro, kau hidup utk ape?

maybe, ni soalan yg simple. tapi izinkan aku utk tau.
kau hidup utk ape?

kau buat ape kat sini?motif?

and... how did you get here?

der, soalan ni sgt simple. tapi adakah kau persoalkan dalam hidup kau wahai sahabat?

Allah. Tuhan kita.
kau tahu itu. 
kau kata kau kenal Dia.

tapi kata2 kau itu dusta. dusta kau tau tak?
kau x kenal dia pon.
pehal maksiat masih x lepas drpd tangan kau?
pehal kau anggap maksiat tu bende suci?
sedang Allah tak suka maksiat.
lalu kau masih berdegil dan poyo yang kau kenal DIA?

kau tahu, insan yang mengenali Dia takkan buat ape yang Dia tak suka.

kalimah syahadah kau entah ke mana?
hanya ucapan yang dilafaz pada mulut ketika belajar tauhid sekolah rendah.
kosong tanpa makna.



kau sering kata kau sibuk.
kau sibuk dgn ape?
sampai x sempat nk solat. kau buat ape?
hmm

haih solat.
kadang buat kadang tak. ikut mood.
kalau solat pon laju macam roket.
solat kau cuma jadi sedikit baik bila ditimpa musibah.
kau ingat Tuhan wujud hanya ketika kau ditimpa musibah?

bayangkan, andai tempoh kau hidup di dunia sejak baligh 50 tahun.
50 tahun. ini contoh.
let say sekali solat 6 minit. so kire sehari setengah jam lah.
the conclusion, 50 tahun, cume lebih kurang 2 bulan je kau solat.

eh, alasannye takde masa? jangan jadi bodoh.

bila kau puasa, kau hanya sekadar mengubah jadual makan minum.
nafsu syahwat kau biarkan menjadi raja.
mata kau masih tidak berhenti melihat yang bukan bukan.

ikhtilat kau tak terjaga.
hubungan kau dengan manusia tak terjaga, apatah lagi dengan Tuhan?
kau derhaka pada Tuhan.
kau derhaka pada mak ayah.

             adakah kau sedar yang kau cuma hamba?

           "Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk mengabdikan diri                   kepada-Ku"
                                                                                       Az-Zariyat:56


weh,
kau berada di muka bumi ni ada misi. bukan main- main.
Allah takkan cipta kau untuk suka-suka

   "maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) hanya untuk bermain- main? Dan kamu (menyangka pula) kepada Kami tidak akan dikembalikan?"
                                                                                      Al-mu'minun:15



lalu kau siapa?
kau ialah hamba.
aku rasa kau boleh faham hamba tu apa.
kau diturunkan ke atas muka bumi ini sebagai khalifah.
kau diberikan tanggungjawab untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan juga memakmurkan dunia menurut cara yang diizinkan-Nya.


perkara ini bukan mainan der.

   "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu menyatakan kepada Malaikat, 'sesungguhya Aku hendak menciptakan untuk bumi itu khalifah' "
                                                                                      Al-Baqarah:30

seorang khalifah itu pentadbir.
macam mana nak mentadbir kalau bab solat pon fail.

Allah Tuhan kau. Tuhan kita. Tuhan seluruh ummah. Tuhan sekalian alam.
Dialah yang Maha Esa. DIA berikan kau hidup. Dia berikan kau udara. 
ok test sikit bagi diri kau sesak nafas. haih. tau sakit. tu pon susah nak bersyukur.

Allah bagi cahaya, makanan, pakaian, pasangan, keluarga, mak ayah.
Allah bagi kau nikmat melihat, mendengar, berjalan, bercakap, membaca.
kau agak kalau Allah tarik nikmat kau untuk membaca,
boleh ke kau baca ape yg aku taip ni?


       "Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan 
      dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur"
                                                                                       Al-Mukminun:78



semua yang Allah beri ini suatu pinjaman.
tergamak kau gunakan nikmat ini untuk kemungkaran?
agak2, bila kau tengah tengok video lucah, then Allah tarik nyawa kau.

ha, pehal? baru nak menggelabah.

apa yang Allah suruh, segalanya untuk kebaikan diri kau.
andai seluruh alam ini derhaka pada Tuhan, Allah tak rugi apa- apa.
Allah tak perlukan kau semua.
Allah Maha Hebat. Dia ada kuasa.
Tapi kau yang perlukan Allah.
Kau lemah. Kita lemah. Manusia lemah.
setiap ujian Dia pasti ada hikmah.
tinggal manusia je nak kene gali.

Allah tu sayang sangat kat hamba-Nya.
tapi manusia buta.
buta mata takpe, ni buta mata hati.
tahun lepas kau buat dosa.
kelmarin buat maksiat, semalam buat lagi.
tadi pon buat lagi dosa.

tapi kau masih hidup sekarang ni? eh, jap, kau sedar tak kau tengah hidup lagi?
ha, sedar.
kau masih hidup. mata kau masih baik. kau masih boleh bernafas.

Allah bagi peluang untuk kau islah diri ke arah lebih baik.
then kau buat ape? dah bodoh, sombong pulak tu ngan Tuhan.

kau bajet kata nak masuk syurga.
tapi kenapa jalan di laluan yang Allah tak redha?
kenapa sahabat? kenapa...

sahabat, andai kau tersesat jalan, kembalilah.
Tuhan Maha Pengampun.
Allah tak benci kepada hamba-Nya yang melakukan dosa,
asalkan mereka kembali bertaubat.

Allah mengasihimu meski pun kau tak menghargai-Nya.
namun, siapakah Allah di hati kau?
atau hatimu hanya penuh dengan keduniaan semata?

belum sampai lagikah saatnya utk kau menunduk, merenungi diri sendiri.
menghayati firman Tuhan, melihat kalam Rasul?

belum lagikah sampai waktunya untuk kau kembali kepada Allah?
belum tibakah waktunya untuk kau 'sempat' menuju Yang Esa?

masa itu milik Allah. selama lamanya milik-Nya.
yang menentukan masa itu cukup atau tidak ialah Dia.
Dekatilah Dia. Tuhan Sekalian Alam.

Allah tak pernah jauh daripada mu.
tapi kau sendiri yang menjauh.
konon mencari jalan sendiri untuk hidup.

tapi kau perlu tahu, hakikat hidup ini kita cuma hamba.
kelak kita bakal dipersoalkan kembali apa yang kita buat.
mati tak menunggumu. 
walaupun kau kata, sebentar pada malaikat maut kerana kau 'sangat sibuk'.


Maafkan Kami Tuhan. Berilah ruang untuk kami kembali kepada-Mu Ya Allah.
berilah kami peluang untuk mencintai-Mu.
jadikan lah kami hamba hamba yang sentiasa menjaga masa.

redhailah hidup kami Ya Allah.





Rasulullah pernah bersabda:

"manfaatkanlah 5 masa sebelum datang 5 masa; masa muda sebelum datang masa tua kamu, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin, masa lapang sebelum datang masa sibuk kamu, masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu"
                                                (HR Imam Al-Hakim dan Al-Baihaqi daripada ibnu Abbas)


AYUH HIJRAH KEPADA LEBIH BAIK :)