MPlayer

>
glitter-graphics.com

Monday, 8 June 2015

Maafkan kami hai miskin


Maafkan kami hai miskin,

sememangnya kami tak pernah memberi ruang buatmu,
hanya mendiskriminasi kalian hingga sempit termampat,
membuatkan kalian terus menangis dibawah sinaran pelita yang kian padam,
air mata kalian jatuh berderai ke pipi,
dibuli golongan kami yang tak pernah peduli akan kalian.

maafkan kami hai miskin,

sememangnya kami tahu yang kalian bekerja keras sekali
namun kami sengaja menindas kalian dengan ekonomi kapitalis,
kerana kami tak senang melihat kalian tenang,
kalian memang semakin miskin,
yang penting kami bertambah kaya,
walau anak gelandangan itu kelihatan kasihan sekali.

maafkan kami hai miskin,

sememangnya kami sudah kekeringan idea,
dalam fikiran kami hanya tahu melakar agenda barang terbesar,
kami suka membina kek terbesar malaysia,
juga sofa terbesar asia,
kami gemar laksana program berjuta- juta,
segalanya boleh atas nama agama,
sedang kami sedari diri kalian lebih penting.

maafkan kami hai miskin, 

kalian terus diserang dengan bedilan gamat
oleh kami yang menyorok dibelakang kasut kilat,
vaksin buruk disusuk pada setiap diri kalian
genjatan senjata ini mungkin takkan pernah berlaku,
kalian tetap miskin,
jeneral terus membedil kalian dengan kebal membawa ajal,
hanya kerana tangan tangan kalian kelaparan berebut sebutir nasi.

maafkan kami hai miskin,

sungguh kami juga tahu yang manusia punya harapan,
namun kami gemar mengazab kalian,
memperalatkan kalian seperti boneka,
agar dunia menjadi neraka kalian,
dalam kota raya yang serba indah,
kalian hidup malang namun kami bermewah,
maafkan kami kerana kalian hanya merasai pahit,
sakit kalian tanpa rawatan,
hanya terdampar kosong tanpa jaminan,
sungguh! memang kami sengaja melakukan itu.

maafkan kami hai miskin,

duit kami memang berkepuk-kepuk banyaknya,
namun sedikit pun tiada bahagian untuk kalian,
nafsu kami rakus mencari kekayaan dan perempuan,
tanpa kami peduli firman Tuhan yang Maha Esa,
nabi bukan lagi suri teladan kami,
kerana kiblat kami hanya ke arah keduniaan,
walau kami sembang besar ingin naikkan agama-Nya,
walau kami marah tika nama Tuhan dihina,
walau kami kami berang tika gambar nabi dilakar,

namun kami tak pernah hayati kalimah Tuhan,
acara agama hanya pada ritual,
kami lebih lihat agama itu pada luaran,
sekadar bersembang ana enta,
berkopiah dan berniqab dengan katanya ingin berhijrah mengenal agama Tuhan,
namun hanya berselfie depan camera utk mengumpul like,

sememangnya itulah kami,
melihat agama itu hanya pada aktiviti luaran,
sedang nabi paling ke hadapan dalam mempertahankan kaum tertindas,
hilf al- fudhul juga kami tak hayati,
kerana memang kami sombong dengan kalian.

maafkan kami hai miskin,
kerana kami hanya mampu ucapkan selamat tinggal kepada kalian!


nukilan: Imran Zaki
10.30 AM
9 June 2015











Sunday, 3 May 2015

MAAFKAN AKU TUHAN, AKU SIBUK.

 ALLAHU AKBAR
   ALLAHU AKBAR


terjaga sebentar, menguap.
haih ngantuk giler.
huh. *tarik balik selimut


titt titt. wassap masuk
9 am.

     "morning sayang ;)"
  "da angun blom? rindulah. hehe. muah"

jap lagi lah balas.
hmm.

mentari pagi menyinari mataku.
perh, silau seh.
nasib baik awek wassap, kalau tak memang petang la baru bangun.
selimut empuk bak taman syurga.

malam semalam letih kot lepak ngan member.
rokok entah bape batang aku hisap.

subuh? tak ingatlah bila kali terakhir aku solat.
aku sangat sibuk wahai Tuhan. x cukup masa.
maafkan aku, wahai Tuhanku.

hidupku sgt sibuk. aku takde masa nak solat.
jangankan solat fardu, solat sunat pon x pernah buat.
rasenye last aku buat time skolah rendah agama dulu. kene paksa kan. so kene lah buat.

wahai Allah,
jangankan mengaji Al-Quran, baca surah pendek pon x sempat
jangankan zikir, muhasabah diri pon tak ade masa.
jangankan puasa sunat, puasa fardu pon kadang tak buat.
untuk merenungi alam, hmm aku memang x sempat.

dalam hidup ini,
aku dapat ape yg aku nak.
aku ade duit banyak.
bisnes aku maju.
awek aku comel.
aurat wanita sentiasa menjadi halwa mataku.

ini jalan aku.
hei manusia, kau kesah ape? tak perlu kesah pon ape yg aku buat.
hidup aku hidup aku.
hidup kau hidup kau. noktah

zuhur asar maghrib isyak.
kini nama2 itu hanya peringkat waktu dlm seharian.

belajar. keje. bisnes. awek. bola. rokok. music. rock and roll yeah. arak. rasuah. 
byk bende lg lah. this my life.

demi kepentingan dunia aku, maka halallah segalanya di atas muka bumi ini.
peduli apa tentang dalil agama.

................................................................................................................................................................

er bro, kau hidup utk ape?

maybe, ni soalan yg simple. tapi izinkan aku utk tau.
kau hidup utk ape?

kau buat ape kat sini?motif?

and... how did you get here?

der, soalan ni sgt simple. tapi adakah kau persoalkan dalam hidup kau wahai sahabat?

Allah. Tuhan kita.
kau tahu itu. 
kau kata kau kenal Dia.

tapi kata2 kau itu dusta. dusta kau tau tak?
kau x kenal dia pon.
pehal maksiat masih x lepas drpd tangan kau?
pehal kau anggap maksiat tu bende suci?
sedang Allah tak suka maksiat.
lalu kau masih berdegil dan poyo yang kau kenal DIA?

kau tahu, insan yang mengenali Dia takkan buat ape yang Dia tak suka.

kalimah syahadah kau entah ke mana?
hanya ucapan yang dilafaz pada mulut ketika belajar tauhid sekolah rendah.
kosong tanpa makna.



kau sering kata kau sibuk.
kau sibuk dgn ape?
sampai x sempat nk solat. kau buat ape?
hmm

haih solat.
kadang buat kadang tak. ikut mood.
kalau solat pon laju macam roket.
solat kau cuma jadi sedikit baik bila ditimpa musibah.
kau ingat Tuhan wujud hanya ketika kau ditimpa musibah?

bayangkan, andai tempoh kau hidup di dunia sejak baligh 50 tahun.
50 tahun. ini contoh.
let say sekali solat 6 minit. so kire sehari setengah jam lah.
the conclusion, 50 tahun, cume lebih kurang 2 bulan je kau solat.

eh, alasannye takde masa? jangan jadi bodoh.

bila kau puasa, kau hanya sekadar mengubah jadual makan minum.
nafsu syahwat kau biarkan menjadi raja.
mata kau masih tidak berhenti melihat yang bukan bukan.

ikhtilat kau tak terjaga.
hubungan kau dengan manusia tak terjaga, apatah lagi dengan Tuhan?
kau derhaka pada Tuhan.
kau derhaka pada mak ayah.

             adakah kau sedar yang kau cuma hamba?

           "Tidak Aku ciptakan jin dan manusia, kecuali untuk mengabdikan diri                   kepada-Ku"
                                                                                       Az-Zariyat:56


weh,
kau berada di muka bumi ni ada misi. bukan main- main.
Allah takkan cipta kau untuk suka-suka

   "maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) hanya untuk bermain- main? Dan kamu (menyangka pula) kepada Kami tidak akan dikembalikan?"
                                                                                      Al-mu'minun:15



lalu kau siapa?
kau ialah hamba.
aku rasa kau boleh faham hamba tu apa.
kau diturunkan ke atas muka bumi ini sebagai khalifah.
kau diberikan tanggungjawab untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan juga memakmurkan dunia menurut cara yang diizinkan-Nya.


perkara ini bukan mainan der.

   "Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu menyatakan kepada Malaikat, 'sesungguhya Aku hendak menciptakan untuk bumi itu khalifah' "
                                                                                      Al-Baqarah:30

seorang khalifah itu pentadbir.
macam mana nak mentadbir kalau bab solat pon fail.

Allah Tuhan kau. Tuhan kita. Tuhan seluruh ummah. Tuhan sekalian alam.
Dialah yang Maha Esa. DIA berikan kau hidup. Dia berikan kau udara. 
ok test sikit bagi diri kau sesak nafas. haih. tau sakit. tu pon susah nak bersyukur.

Allah bagi cahaya, makanan, pakaian, pasangan, keluarga, mak ayah.
Allah bagi kau nikmat melihat, mendengar, berjalan, bercakap, membaca.
kau agak kalau Allah tarik nikmat kau untuk membaca,
boleh ke kau baca ape yg aku taip ni?


       "Dan Dialah yang telah menciptakan bagimu pendengaran, penglihatan 
      dan hati nurani, tetapi sedikit sekali kamu bersyukur"
                                                                                       Al-Mukminun:78



semua yang Allah beri ini suatu pinjaman.
tergamak kau gunakan nikmat ini untuk kemungkaran?
agak2, bila kau tengah tengok video lucah, then Allah tarik nyawa kau.

ha, pehal? baru nak menggelabah.

apa yang Allah suruh, segalanya untuk kebaikan diri kau.
andai seluruh alam ini derhaka pada Tuhan, Allah tak rugi apa- apa.
Allah tak perlukan kau semua.
Allah Maha Hebat. Dia ada kuasa.
Tapi kau yang perlukan Allah.
Kau lemah. Kita lemah. Manusia lemah.
setiap ujian Dia pasti ada hikmah.
tinggal manusia je nak kene gali.

Allah tu sayang sangat kat hamba-Nya.
tapi manusia buta.
buta mata takpe, ni buta mata hati.
tahun lepas kau buat dosa.
kelmarin buat maksiat, semalam buat lagi.
tadi pon buat lagi dosa.

tapi kau masih hidup sekarang ni? eh, jap, kau sedar tak kau tengah hidup lagi?
ha, sedar.
kau masih hidup. mata kau masih baik. kau masih boleh bernafas.

Allah bagi peluang untuk kau islah diri ke arah lebih baik.
then kau buat ape? dah bodoh, sombong pulak tu ngan Tuhan.

kau bajet kata nak masuk syurga.
tapi kenapa jalan di laluan yang Allah tak redha?
kenapa sahabat? kenapa...

sahabat, andai kau tersesat jalan, kembalilah.
Tuhan Maha Pengampun.
Allah tak benci kepada hamba-Nya yang melakukan dosa,
asalkan mereka kembali bertaubat.

Allah mengasihimu meski pun kau tak menghargai-Nya.
namun, siapakah Allah di hati kau?
atau hatimu hanya penuh dengan keduniaan semata?

belum sampai lagikah saatnya utk kau menunduk, merenungi diri sendiri.
menghayati firman Tuhan, melihat kalam Rasul?

belum lagikah sampai waktunya untuk kau kembali kepada Allah?
belum tibakah waktunya untuk kau 'sempat' menuju Yang Esa?

masa itu milik Allah. selama lamanya milik-Nya.
yang menentukan masa itu cukup atau tidak ialah Dia.
Dekatilah Dia. Tuhan Sekalian Alam.

Allah tak pernah jauh daripada mu.
tapi kau sendiri yang menjauh.
konon mencari jalan sendiri untuk hidup.

tapi kau perlu tahu, hakikat hidup ini kita cuma hamba.
kelak kita bakal dipersoalkan kembali apa yang kita buat.
mati tak menunggumu. 
walaupun kau kata, sebentar pada malaikat maut kerana kau 'sangat sibuk'.


Maafkan Kami Tuhan. Berilah ruang untuk kami kembali kepada-Mu Ya Allah.
berilah kami peluang untuk mencintai-Mu.
jadikan lah kami hamba hamba yang sentiasa menjaga masa.

redhailah hidup kami Ya Allah.





Rasulullah pernah bersabda:

"manfaatkanlah 5 masa sebelum datang 5 masa; masa muda sebelum datang masa tua kamu, masa sihat kamu sebelum datang masa sakit kamu, masa kamu kaya sebelum datang masa kamu ditimpa miskin, masa lapang sebelum datang masa sibuk kamu, masa hidup kamu sebelum datang saat mati kamu"
                                                (HR Imam Al-Hakim dan Al-Baihaqi daripada ibnu Abbas)


AYUH HIJRAH KEPADA LEBIH BAIK :)